
Kita mahu disukai Allah, kita mahu Allah redha pada kita. Mari sama-sama kita mulakan langkah tahun baru ini untuk mencabar diri kita, menghadapi cabaran memperjuangkan Islam. Di luar sana mereka sudah berani menghina agama kita. Kepala babi sudah mula dicampak di masjid kita. Rasulullah telah dihina dan dikeji. Umat Islam telah lama ditindas. Ayuh kita bangkit berjuang menegakan Islam di muka bumi Allah ini. Jangan kita jadi hamba dunia, hamba nafsu dan hamba syaitan. Sehingga kita biarkan masa berlalu pergi dengan sia-sia. Kita biarkan Islam terus dicemuh, diperlekehkan, ditindas dan dimusnahkan dengan pelbagai tindakan, ideologi, fahaman dan budaya songsang.
Kita suntik semangat kita untuk mengorak masa hadapan dengan kata-kata pejuang Islam.
Kata Khubaib bin Ayadi ketika orang-orang kafir menyalibnya atas pohon kurma sebelum membunuhnya:
"Hanya kepada Allah aku berkeluh kesah tetapi bukan kerana serang yang dilancarkan musuhku pada saat bertempur. Aku tidak peduli dengan cara apa aku mati. Selama aku mati dalam keadaan Muslim, kerana semuanya akan tetap kembali kepada Allah. Semoga Dia memberkati pada setiap tulang dan daging yang dicincang"
Abu Thalhah RA pula membuka dadanya dan dijadikan benteng melindungi Rasulullah dalam peperangan Uhud, katanya:
"Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban"
Para pembaca, kita semua akan mati, aku pasti mati, kau jua pasti mati. Janji Allah adalah benar, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mari kita tekad dalam hati untuk mencari redha Allah s.w.t dan mati dengan penuh kemuliaan sehingga menangis penduduk langit dan bumi. Menemui Allah s.w.t. dalam keadaan kita memperjuangkan agama Islam dan beriman dengan sesungguhnya pada Allah Tuhan sekalian alam.
Tazkirah buatmu dan diriku. Selamat tahun baru. Takbir!! Allah Maha Besar.